Assalamualaikum...
KATA-KATA ALUAN
HawaShopz mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung serta para pelanggan HawaShopz. HawaShopz akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permintaan serta kehendak pelanggan.
Alhamdulillah! Ini merupakan cubaan kali yang ketiga untuk saya menjalankan perniagaan atas talian. Saya mempunyai minat yang amat mendalam dalam bidang perniagaan ini.Saya memperolehi kekuatan serta sokongan dari keluarga yang tersayang serta insan yang sama-sama mempunyai minat yang sama dengan saya.
PENUBUHAN HAWASHOPZ
HawaShopz menawarkan produk makanan serta pakaian yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. HawaShopz mula beroperasi sepenuhnya pada 15 Jun 2011, HawaShopz memulakan perniagaan dengan menjalankan perniagaan atas talian dan selepas beberapa bulan menjalankan peniagaan HawaShopz mengembangkan lagi perniagaan dengan membuat jualan secara off-line di sekitar Pulau Pinang.
HawaShopz beralamat di 636 MUKIM E, Titi Teras 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang. Para pelanggan yang tinggal berdekatan dengan HawaShopz boleh membuat pembelian secara terus di tempat beroperasinya perniagaan HawaShopz.
RUNDINGAN URUS NIAGA
Harga yang kami tawarkan adalah harga yang berpatutan serta mampu dibeli oleh pengguna. Jika ada dikalangan anda yang bersungguh-sungguh untuk memiliki sebarang produk HawaShopz, tetapi tidak mampu membeli dengan harga yang di tawarkan oleh pihak HawaShopz, maka dengan hati yang terbuka HawaShopz akan berusaha untuk membuat tawaran harga dengan persetujuan HawaShopz dan pelanggan.
PENGHARGAAN
Terima kasih pada semua yang banyak memberi sokongan serta bantuan kepada saya untuk memulakan perniagaan HawaShopz ini.
No comments:
Post a Comment